"DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DIDALAM KERUGIAN"

Hadith Pilihan

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

"Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah."


-Sumber oleh hadis40 susunan Imam Nawawi

Hiburan Penenang Jiwa

Bagi memudahkan anda membaca isi blog ini sambil berhibur tanpa gangguan ketika menukar laman :
Klik di sini untuk Pop-Up senarai lagu

InsyaAllah saya akan sentiasa menambah koleksi bacaan Al-Quran, Nasyid, dan hiburan terpilih. Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran dan ketenangan kepada kita insyaALLAH.

Waktu Solat

"SOLAT ITU TIANG AGAMA"

" Kata Abdullah ibn Mas'ud: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad."
Jalan Hidayahku. Powered by Blogger.

Ringkasan sifat ikhlas

Sifat ikhlas adalah satu sifat yang sangat sukar dipraktikkan oleh manusia pada zaman ini. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada kesukaran ini antaranya faktor diri itu sendiri atau lebih tepat hati yang memang tidak mempunyai rasa untuk memudahkan orang lain. Faktor lain adalah seperti kesempitan hidup atau mungkin juga faktor sekeliling yang memaksa.

Ada diantara kita sebenarnya mempunyai sifat ini tetapi tidak dapat membendung atau melawan bisikkan syaitan sehingga kadang kala perkara yang dibuatnya itu tidak masuk akal contohnya meminta upah dari seorang tua yang sepatutnya dibantu bagi meringankan bebannya.

Saya akan cuba perjelaskan secara ringkas dan ini adalah pandangan peribadi saya tanpa menyentuh mana² induvidu berkenaan dengan faktor² yang menyebabkan lenyapnya sifat yang terpuji ini. Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu semata-mata kerana ALLAH. Faktor yang pertama yang saya sebut diatas adalah faktor diri atau hati. Ini sangat menyedihkan kerana perlakuan ini amat memberi kesan kepada induvidu malah masyarakat. Apakah faktor diri atau hati ini ? Faktor ini lahir dari sifat riya' seseorang yang melakukan sesuatu benda hanya untuk mendapatkan puji-pujian. Maka siapa yang berlawanan akan menerima akibat. Sebagai contoh mudah:

  • Seorang yang berkedudukan, mendermakan wang tetapi sentiasa menyebut-nyebutnya kepada orang lain.
  • Seorang "alim" yang sentiasa meninggi diri dengan "ketinggian ilmu" yang ada padanya.



Ini sekaligus telah membuatkan mereka merasakan diri mereka adalah hebat padahal rezeki atau ilmu yang ada pada mereka itu adalah milik ALLAH S.W.T. yang sepatutnya dikongsi atau diberi kepada yang memerlukan. 


Faktor yang kedua adalah faktor kesempitan hidup atau keadaan sekeliling. Sesorang yang berada dalam keadaan kesempitan hidup jarang untuk menerima apa yang mereka hadapi itu sebagai ujian dari ALLAH. Ini menyebabkan mereka lupa akan janji-janji ALLAH yang mana, sekali kita berbuat kebaikkan ALLAH akan membalasnya dengan 10 kebaikkan. Ini jelas terbukti ketika Saidina Ali r.a. yang ingin membawa pulang sebiji epal kepada isterinya Siti Fatimah Az-Zahra yang ketika itu mengandung dan mengidamkan buah epal. Ketika didalam perjalanan dia terjumpa dengan seorang yang kelaparan dan dia tidak sampai hati lalu dengan penuh keikhlasan dengan keyakinan dengan janji ALLAH walaupaun dia mengetahui isterinya mengidamkan buah itu, lalu diberinya kepada orang itu tanpa ada sebarang keluhan. Lalu dia pulang mendapatkan isterinya dan mengkhabarkan epal yang diidamkan telah diberikan seseorang yang kelaparan. Siti Fatimah tersenyum dan menunjukkan sebakul buah epal. Saidina Ali bertanya dimanakah dimendapatkan epal itu, dan dijawab oleh Siti Fatimah ada seorang yang dikenali telah menghantarkannya. Tanpa membuang masa Saidina Ali mengira buah tersebut dan bertanya kenapa hanya ada 9 biji buah epal, jawab Siti Fatimah, sebiji telah dimakannya.

Ini membuktikan janji ALLAH adalah benar kepada hamba yang benar dan ikhlas. Jangan jadikan kesempitan hidup itu sebagai alasan. Yakinlah pada janji ALLAH.

Pengujung Jalan Hidayahku

Bicara JH



Bagi mengelakkan gangguan ketika anda berbicara Sila: Klik Disni Untuk Pop Up Bicara JH.