"DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DIDALAM KERUGIAN"

Hadith Pilihan

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

"Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah."


-Sumber oleh hadis40 susunan Imam Nawawi

Hiburan Penenang Jiwa

Bagi memudahkan anda membaca isi blog ini sambil berhibur tanpa gangguan ketika menukar laman :
Klik di sini untuk Pop-Up senarai lagu

InsyaAllah saya akan sentiasa menambah koleksi bacaan Al-Quran, Nasyid, dan hiburan terpilih. Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran dan ketenangan kepada kita insyaALLAH.

Waktu Solat

"SOLAT ITU TIANG AGAMA"

" Kata Abdullah ibn Mas'ud: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad."
Jalan Hidayahku. Powered by Blogger.

Cerita Ayah dan Anak Perempuannya

Anak perempuan  Papa, orang nak beli buku sekolah.
Ayah Ok, pegi siap² nanti kita keluar pegi bandar beli buku.
Anak perempuan Ok, pa
(Mereka pun keluar ,tiba dan parking kereta. Lalu si anak dan ayahnya keluar dari kereta menuju ke kedai)
Ayah Pergi cari buku ok.
Anak perempuan Ok, pa
Ketika anak ini sedang mencari buku, kelihatan seorang lelaki sedan memerhatikan anak ini. Si ayah yang terperasan lalu pergi kepada lelaki tersebut dan berkata)
Ayah   Heiii ... kenapa kau pandang anak aku sebegitu, macam nak makan dia.
Lelaki La .. kenapa pak cik marah kepada saya, pak cik tak payah la jaga mata saya. Jaga la pakaian anak pak cik. Dia pakai seksi, so saya tengok la.Pak cik pun tak marah dia pakai macam tu, kenapa pulak nak marah saya.
  (Tunduk si ayah malu , lalu menarik anaknya keluar)

Pengujung Jalan Hidayahku

Bicara JH



Bagi mengelakkan gangguan ketika anda berbicara Sila: Klik Disni Untuk Pop Up Bicara JH.