"DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DIDALAM KERUGIAN"

Hadith Pilihan

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

"Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah."


-Sumber oleh hadis40 susunan Imam Nawawi

Hiburan Penenang Jiwa

Bagi memudahkan anda membaca isi blog ini sambil berhibur tanpa gangguan ketika menukar laman :
Klik di sini untuk Pop-Up senarai lagu

InsyaAllah saya akan sentiasa menambah koleksi bacaan Al-Quran, Nasyid, dan hiburan terpilih. Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran dan ketenangan kepada kita insyaALLAH.

Waktu Solat

"SOLAT ITU TIANG AGAMA"

" Kata Abdullah ibn Mas'ud: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad."
Jalan Hidayahku. Powered by Blogger.

Apa yang menarik tentang ISLAM?

Dalam keadaan zaman yang sudah berubah ini, kebanyakkan induvidu menganggap Islam adalah halangan atau benteng untuk bergerak lebih maju dan lebih jauh. Perkara ini juga telah melibatkan generasi baru yang masih belum mengenal erti kehidupan. Mereka mudah terpengaruh dengan budaya-budaya yang melalaikan seperti hip-hop, punk dan bermacam-macam lagi sehingga pening kita yang sudah dipertengahan ni nak ingat.


Tidaklah menjadi kesalahan sekiranya hiburan yang
dipilih tu tidak menarik kita kepada maksiat dan melalaikan. Tetapi ! Peratusan yang mengambil berat fasal solat ketika berhibur adalah sangat
menyedihkan. Apabila tiang(solat) sudah reput(ditinggal-tinggalkan) maka runtuhlah rumah(iman) dan pasak-pasaknya (akhlak).





Cuba kita lihat apakah pengertian Iman yang sebenarnya :

"membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan diamalkan dengan tindakan (perbuatan)"


Maksud dari pengertian diatas adalah , membenarkan dengan hati bahawa ALLAH itu benar-benar ada dengan segala sifat keagunganNya dan KesempurnaanNya kemudiaan pengakuan itu diikrar secara lisan dan dibuktikan dengan amal perbuatan yang nyata.

Akan tetapi, pengaruh dari budaya-budaya jahiliah telah membuatkan remaja-remaja hilang tarikkan kepada Islam. Ini kerana serangan halus yang telah dituju kepada Iman. Islam pada hukumnya tidak pernah mengharamkan hiburan selagi ia tidak melalaikan seseorang sehingga meninggalkan solat dan mendekatkan mereka kepada maksiat. 

Lihat sahaja dikaca tv, mereka diasuh tidak putus-putus dengan program realiti tv. Mereka diperlihatkan dengan pergaulan bebas tanpa batasan iman, mereka diperlihatkan dengan pakaian-pakaian yang tidak berunsurkan islam. Apakah mereka-mereka yang membuat program-program sebegini tidak terfikir akan kehancuran yang bakal berlaku? Inilah yang saya telah huraikan diatas, apabila iman(rumah) dan akhlak(pasak-pasaknya) sudah runtuh, maka tiada lagi dibenak mereka Islam membataskan apa yang mereka lakukan.

Sama-samalah kita fikirkan dan nilaikan dengan iman insyaALLAH.

Pengujung Jalan Hidayahku

Bicara JH



Bagi mengelakkan gangguan ketika anda berbicara Sila: Klik Disni Untuk Pop Up Bicara JH.