"DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DIDALAM KERUGIAN"

Hadith Pilihan

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

"Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah."


-Sumber oleh hadis40 susunan Imam Nawawi

Hiburan Penenang Jiwa

Bagi memudahkan anda membaca isi blog ini sambil berhibur tanpa gangguan ketika menukar laman :
Klik di sini untuk Pop-Up senarai lagu

InsyaAllah saya akan sentiasa menambah koleksi bacaan Al-Quran, Nasyid, dan hiburan terpilih. Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran dan ketenangan kepada kita insyaALLAH.

Waktu Solat

"SOLAT ITU TIANG AGAMA"

" Kata Abdullah ibn Mas'ud: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad."
Jalan Hidayahku. Powered by Blogger.

Kerja Iblis Laknatullah

Sejak penafian iblis untuk sujud kepada Nabi Adam a.s dan janjinya kepada ALLAH untuk menganggu anak cucu cicit Adam hingga ke akhirat, kerja ini dilakukan dengan begitu teliti, teratur dan jayanya. Bermula dengan memakan buah khuldi oleh pasangan Adam dan Hawa sehingga hari ini gangguan² mereka berlangsung diseluruh pelusuk dunia, pelusuk negara, pelusuk negeri, pelusuk daerah, pelusuk kampung, rumah,  keluarga dan induvidu. 

Kita tinggalkan seketika cerita Adam dan Hawa dan apa yang kita perlu tahu, dimanakah iblis bertapak dan memasang tapak untuk menghuru harakan kita. Ia bermula pada seketul hati pada bahagian  yang bernama nafsu. Disinilah division² iblis mendirikan camp mereka untuk berperang dengan nafsu yang baik, yang semula jadinya ada didalam tubuh seseorang.

Iblis bersama bala tenteranya syaitan, berusaha menghancurkan "kota-kota indah" yang ada didalam hati manusia. Mereka mengantikan "kota-kota indah" ini dengan lembah-lembah yang kotor dan busuk. Manusia² yang gagal dalam peperangan menentang iblis ini akhirnya tewas dilembah-lembah hina antaranya lembah maksiat, lembah hasad dengki, lembah syirik dan mengkufurkan ALLAH. Mereka akhirnya bersama-sama iblis dan syaitan mengingkari perintah dan larangan ALLAH s.w.t. 


Apakah bentuk perasaan yang mula² terbit dan seterusnya kehancuran apabila penjajahan iblis dan syaitan berjaya? Dibawah adalah contoh² hasil dari kejayaan tersebut:
  • Permulaanya                : Sikit jer lepas tu boleh mintak ampun. 
  • Seterusnya                  : Ala bukan selalu pun, kadang-kadang jer
  • Detiknya hampir  tiba  :  Ler bukannya ada orang nampak pun ..... 
  • Akhirnya                    :  Kubur masing-masing maaa ..... 
Maka bersoraklah iblis dan bala tenteranya setelah berjaya menghuru-harakan manusia. Mereka mengajak manusia itu juga berpesta meraikan kejayaan itu antara contoh keraian itu adalah :
  • Seks bebas
  • Minum arak, pil khayal, menari sambil mabuk di disco
  • Pembunuhan dan pergaduhan sesama saudara islam
Pelbagai lagi bentuk keraian yang diadakan kadang-kadangnya diluar kewarasan seorang manusia. Apakah akibat dari kejayaan² iblis dan bala tenteranya ? Disini contoh-contohnya :
  • Yang paling polular adalah kelahiran anak-anak diluar nikah dan pakej pembuangan bayi
  • Perpecahan diantara saudara sesama islam dan tidak bertegur sapa
  • Islam menjadi lemah
  • Rumahtangga porak peranda, anak² diabaikan dan masalah sosial remaja meningkat
Berjayalah iblis dan bala tenteranya menghancurkan "kota-kota indah" didalam tubuh manusia yang akhirnya membawa kehancuran yang sukar untuk dipulihkan tambahan lagi kepada mereka yang tidak mempunyai struktur atau tiang²(asas agama) yang kukuh.

Demikianlah secara ringkasnya kerja² yang dijalankan oleh iblis dan bala tenteranya dalam misi menghancurkan anak cucu cicit Adam a.s. Semoga kita dapat bersedia untuk menghadapi mereka insyaALLAH. 

Pengujung Jalan Hidayahku

Bicara JH



Bagi mengelakkan gangguan ketika anda berbicara Sila: Klik Disni Untuk Pop Up Bicara JH.